32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tak bantah dalam kabinet? Saya memang tunggu serangan macam ini’

    Shopee Sale

    Rafizi Ramli menyangkal dakwaan pegawai Menteri Sumber Manusia R Ramanan bahawa dia tidak membangkitkan isu berkaitan kontrak Sistem Pengurusan Terpusat Pekerja Asing (FWCMS) semasa menjadi menteri.

    Mendedahkan dia “memang menunggu ada orang dari PKR atau Kementerian Sumber Manusia melontarkan serangan peribadi” sebegitu, Rafizi malah berkata apa yang berlaku adalah sebaliknya. 

    “Sebenarnya, saya telah membantah dan tidak bersetuju secara bertulis,” katanya.

    “Bantahan ini ada di dalam rekod minit jemaah menteri dan rekod ulasan rasmi yang dikemukakan oleh Kementerian Ekonomi semasa saya menjadi menteri ekonomi.”

    Semalam, Aizuddin Abd Ghafal, setiausaha politik Ramanan mempersoalkan mengapa Rafizi Ramli dan anggota parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad "baru sekarang" bersuara mengenai FWCMS.

    MENARIK:  Kebakaran Putra Heights: MB jamin siasatan telus, tak lindungi mana-mana pihak

    Aizuddin berkata kontrak FWCMS diperbaharui pada 2024 ketika kedua-duanya masih berada dalam kabinet.

    Terdahulu, Rafizi, Nik Nazmi, bersama lapan lagi anggota parlimen PKR, mengemukakan bantahan terhadap rancangan untuk memberi Bestinet satu lagi kontrak kerajaan dipanggil The Universal Recruitment Advanced Platform (Turap), dikatakan bagi menggantikan FWCMS.

    Dalam kenyataan mereka, wakil rakyat PKR itu berkata FWCMS dibelenggu dengan isu, yang menimbulkan keraguan terhadap kemampuan Bestinet untuk membangunkan sistem sedemikian.

    Bestinet menafikan dakwaan terhadapnya.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah