28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tahniah MIC kekal bersama kami – BN

    Shopee Sale

    BN menyambut baik keputusan MIC kekal bersama gabungan itu, ketika terdapat spekulasi mereka akan menyeberang ke pihak lawan politik Perikatan Nasional (PN).

    “Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada CWC (jawatankuasa kerja pusat) MIC yang bermesyuarat semalam atas keputusan yang jelas, tegas dan berpandangan jauh untuk terus kekal bersama BN,” kata Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir. 

    Semalam, MIC memberi bayangan bahawa parti itu akan kekal bersama BN buat masa ini susulan kebimbangan terhadap peralihan kepimpinan PN yang kini diterajui PAS.

    Timbalan Presiden MIC M Saravanan mendedahkan bahawa keputusan itu dicapai dalam mesyuarat CWC parti di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur.

    Dalam kenyataan hari ini, Zambry berkata, keputusan itu bukan sekadar pendirian politik semasa, tetapi juga cerminan kepada akar sejarah dan semangat perjuangan yang terbina sejak era Perikatan dari tahun 1955 ke 1973.

    Ia kemudian, katanya, disusuli oleh BN sejak 1974 hingga kini.

    “Dalam tempoh panjang ini, gabungan ini telah melalui pelbagai ujian, daripada cabaran perkauman, tekanan politik, hinggalah kepada perubahan landskap nasional, namun BN masih kekal bertahan kerana asasnya adalah kepercayaan, kesetiaan dan tanggungjawab bersama,” katanya.

    MENARIK:  Demo turun Anwar: Penjawat awam tak perlu hirau amaran KSN, kata LFL

    Zambry berkata keputusan untuk kekal bersama BN mempunyai justifikasi yang kukuh dan rasional, dan menandakan:

    Kestabilan dan kesinambungan dalam keadaan politik yang semakin berpecah dan tidak menentu.

    Kekuatan muafakat pelbagai kaum kerana BN bukan sekadar gabungan parti, tetapi model kerjasama antara kaum yang telah diuji oleh masa. 

    Menandakan keupayaan untuk memperbaharui diri kerana walaupun diuji dengan pelbagai cabaran, BN tidak statik dan sedang melalui proses penstrukturan semula.

    Penolakan terhadap politik perpecahan yang menghantar isyarat jelas bahawa prinsip kebersamaan dan solidariti tidak boleh digadai demi kepentingan jangka pendek.

    Setelah beberapa lama spekulasi, Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan pada 17 Mac mengumumkan MIC menjadi anggota kelima gabungan pembangkang itu.

    Namun Saravanan kemudian memberitahu Malaysiakini bahawa partinya tidak membuat sebarang permohonan, sebaliknya hanya bertanya tentang kemungkinan menyertai gabungan itu semasa Muhyiddin memimpin PN.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah