31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tahanan mati di IPD Pekan 4 Mei lepas diklasifikasi mati mengejut

    Shopee Sale

    Tahanan lelaki berusia 25 tahun yang meninggal dunia semasa dalam tahanan di Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan Pahang pada 4 Mei lepas diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

    Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Seri Azri Ahmad berkata bezah siasat telah dilakukan pada 4 Mei lepas di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Pahang, iaitu pada hari yang sama lelaki berkenaan ditemukan mati dalam lokap di IPD berkenaan.

    “Bagaimanapun JIPS akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

    Beliau berkata kes itu juga telah dirujuk ke Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) pada 4 Mei dan 7 Mei lepas selaras dengan kehendak Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (Akta 839) serta laporan berkala untuk pemantauan dan perkembangan siasatan.

    MENARIK:  Pencabulan bahasa dalam iklan jadi norma yang sukar dibetulkan

    Lelaki itu ditahan pada 1 Mei lepas oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Pekan kerana menunggang motosikal curi selain ujian air kencing mendapati beliau positif dadah jenis morfin sebelum direman selama tiga hari bermula 1 Mei.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah