26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek tikam di tandas surau ditahan

    Shopee Sale

    Suspek lelaki yang menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Jumaat lepas berjaya ditahan di Kajang, Selangor pada 1.30 pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar berkata lelaki tempatan berusia 46 tahun itu diberkas ketika bersembunyi di rumah kenalannya di kawasan berkenaan.

    “Polis akan membuat permohonan reman terhadap suspek di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pagi ini bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur hari ini.

    Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, seorang jurujual berusia 26 tahun mengalami kecederaan kepala dan perut manakala guru besar berusia 52 tahun mengalami luka pada lengan dan tangan kiri akibat diserang lelaki itu.

    MENARIK:  Buruh binaan didakwa bunuh sepupu isteri

    Setakat ini tujuh orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah