27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek serang Balai Polis Ulu Tiram ada kaitan Jemaah Islamiyah

    Shopee Sale

    Suspek yang membunuh dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram di Johor awal pagi tadi dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI), kata Ketua Polis Negara, Razarudin Husain.

    Polis mengesyaki suspek berusia 22 tahun itu telah merancang dan melakukan serangan untuk mendapatkan senjata api yang disimpan di balai polis berkenaan, namun motif sebenar suspek masih belum dapat dipastikan.

    Ketua Polis Negara berkata pihaknya telah menahan lima ahli keluarga suspek semasa serbuan di rumah keluarganya.

    "Saya juga telah arahkan SB (Cawangan Khas) dapatkan semua anggota JI di Johor untuk dikenal pasti dan ambil (mereka) untuk siasatan," katanya kepada pemberita di Johor.

    MENARIK:  30 kampung di Kuala Krai dijangka alami banjir Isnin hingga Jumaat

    [Berita penuh menyusul]


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah