27.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek kes tikam dua wanita di tandas surau dituduh Isnin ini

    Shopee Sale

    Lelaki yang disyaki menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas surau di Kelana Jaya pada 9 Ogos lepas, akan dituduh di mahkamah pada Isnin ini.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja'afar dalam satu kenyataan berkata lelaki berusia 46 tahun itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Petaling Jaya di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

    Pada Selasa lepas, polis menahan lelaki terbabit di sebuah rumah di Kajang, Selangor dan direman tujuh hari.

    Dalam kejadian pada 1.30 tengah hari itu, seorang jurujual berusia 26 tahun mengalami kecederaan di kepala dan perut manakala guru besar berusia 52 tahun luka pada lengan dan tangan kiri akibat diserang lelaki terbabit.

    MENARIK:  K9 bantu kesan remaja dikhuatiri lemas di Sg Pahang

    Kedua-dua mereka menerima rawatan di Hospital Shah Alam dan telah dibenarkan pulang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah