25.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek kes mayat wanita dalam beg direman tujuh hari

    Shopee Sale

    Suspek utama kes penemuan mayat wanita di dalam beg yang ditanam di sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau pada Khamis, direman tujuh hari bermula dari hari ini.

    Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Muhammad Idzam Jaafar berkata perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Farha Sulaiman di Mahkamah Majistret, di Seremban hari ini.

    Suspek berumur 51 tahun itu dibawa polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau dan tiba kira-kira 9.45 pagi tadi diwakili peguam Sean Dudley.

    MENARIK:  Status kes gangguan seksual Ebit diketahui petang ini

    Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

    Muhammad Idzam sebelum ini melaporkan lelaki berkenaan ditahan di kawasan Genting Sempah, kurang 24 jam selepas penahanan suspek pertama di Melaka, petang semalam.

    Suspek lelaki berumur 41 tahun itu direman hingga Khamis.

    Dalam pada itu, turut dilaporkan identiti sebenar mayat wanita terbabit masih belum dapat dikenal pasti berikutan jasad mangsa yang sudah mereput dan dipercayai meninggal dunia melebihi tiga hari.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah