26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Surendran anggap PKR parti dah kematian moral

    Shopee Sale

    Bekas naib presiden PKR N Surendran tidak berlapik atau berbasa-basi semasa meluahkan perasaannya melihat parti itu menganjurkan sambutan khas sempena 25 tahun penubuhannya semalam.

    Tidak menunjukkan sebarang rasa kagum atau gembira melihat kovensyen tersebut, Surendran menganggap PKR pimpinan Anwar Ibrahim itu sebagai sebagai sebuah parti yang "mati moral".

    Kata Surendran sepanjang tempoh lebih dua dekad PKR bercakap mengenai pembaharuan namun keadaan berubah selepas mereka berkuasa sebagai kerajaan.

    “Apa yang nak diraikan?” katanya di platform media sosial X, "Selama 25 tahun mereka menjanjikan pembaharuan. Apabila berkuasa - tak ada pembaharuan, cuma alasan."

    Dia yang juga seorang peguam menambah sepanjang tempoh perjalanan PKR ada ramai watak yang berjuang demi apa yang diyakini mereka dan berdepan dengan risiko dipenjara.

    Semuanya itu, kata Surendran, dibuat untuk membolehkan PKR berkuasa.

    Namun, katanya, ketika ini semua itu dianggap sia-sia.

    Surendran - yang pernah menjadi ahli parlimen Padang Serai selama sepenggal - merupakan salah seorang pemimpin PKR yang paling lantang.

    Surendran keluar dari PKR pada Feb lalu selepas menyatakan kekecewaan dengan sikap "berdiam diri yang memalukan" PH kepada siasatan ke atas bekas ahli parlimen DAP Tony Pua.

    MENARIK:  Ramai tawar diri tanding naib presiden cerminan demokrasi subur dalam PKR - Ramanan

    Pua disiasat mengikut Akta Hasutan kerana kenyataannya mengenai peringanan hukuman penjara Najib Razak.

    Selepas mengumumkan peletakan jawatannya di X selepas berbalas hujah dengan Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, yang sebelum itu mengingatkannya agar mematuhi disiplin parti semasa memberikan pandangan.

    “Fahmi, tak kisahlah disiplin parti. Saya sudah lama tidak menjadi ahli aktif parti.

    “Saya bertanya tentang pembaharuan yang pernah dijanjikan PKR. Tiada jawapan yang layak untuk itu.

    "Tak ada gunanya menjadi ahli kepada parti yang tidak lagi mewakili perubahan dan reformasi. Anggap ini sebagai peletakan jawatan saya,” kata Surendran.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah