26.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sultan perkenan Salehuddin ganti Abdul Aziz pengerusi Mais baru

    Shopee Sale

    Permohonan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar, kiri) untuk memendekkan tempoh perkhidmatan jawatan atas faktor kesihatan diperkenan Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah, berkuat kuasa 28 Februari.

    Setiausaha sulit baginda, Mohamad Munir Bani berkata, ekoran pengunduran Abdul Aziz itu baginda juga berkenan dan menitahkan supaya jawatan itu diambil alih oleh Salehuddin Saidin.

    "Pengisian jawatan pengerusi Mais ini hendaklah dilaksanakan dengan segera kerana baginda amat mengambil berat pentadbiran dan pengurusan serta pembangunan institusi agama Islam demi untuk pembangunan dan syiar Islam di negeri Selangor," katanya dalam kenyataan, hari ini.

    MENARIK:  Anak Ashaari nafi GISBH masih pegang Aurad Muhammadiyah

    Sultan Sharafuddin turut mengucapkan terima kasih kepada Abdul Aziz yang telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pengerusi Mais dengan baik dan cemerlang sepanjang tempoh perkhidmatan semenjak 2021.

    "Baginda mendoakan semoga Abdul Aziz sentiasa di bawah perlindungan Allah S.W.T. serta dikurniakan kesembuhan dan kesihatan yang baik," kata Mohamad Munir.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah