28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sultan Nazrin titah perangi GISBH habis-habisan

    Shopee Sale

    Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menggesa supaya kegiatan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) diperanangi habis-habisan kerana ia menyimpang daripada ajaran dan akidah Islam, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

    Saarani berkata gesaan itu dibuat selepas laporan lengkap yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah diteliti.

    “Laporan daripada JAIPk itu turut mengenal pasti beberapa kumpulan di Perak yang dikhuatiri terlibat dalam ajaran sesat. Kita tidak akan berdiam diri, sebaliknya, ajaran sesat ini perlu diperanangi hingga ke lubang cacing kerana ia melibatkan soal akidah dan agama,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Sukma dan Para Sukma di sini, malam tadi.

    Pada 4 Okt lepas, media melaporkan Saarani menyatakan bahawa segala tindakan berkaitan GISBH hanya boleh dilaksanakan setelah laporan mengenai kegiatan syarikat tersebut yang disediakan oleh JAIPk dipersembahkan kepada Sultan Nazrin.

    Sehari sebelum itu, media melaporkan bahawa Saarani menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Pemulihan Akidah Pengikut GISBH, mirip kepada yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Johor, setelah perincian mengenainya diperoleh dan dipersembahkan kepada Sultan Nazrin.

    MENARIK:  Bicara saman SRC terhadap Najib bersambung 19 Jun

    Sementara itu, Saarani menegaskan bahawa isu ini juga akan diperincikan dalam mesyuarat Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk tindakan susulan.

    “Selain MKI, Jabatan Mufti Negeri Perak dan JAIPk juga akan dipanggil untuk membantu dalam memastikan gerakan ini dapat dilumpuhkan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah