27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Subsidi diesel: Keluhan pengusaha bas kilang dibawa ke kabinet – Zafrul

    Shopee Sale

    Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) bersedia mendengar dan akan membawa ke Kabinet keluhan pengusaha bas kilang yang tidak mendapat subsidi diesel baru-baru ini.

    Menteri berkenaan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata beliau percaya isu itu telah dibangkitkan dan kementerian-kementerian berkaitan termasuk Kementerian Pengangkutan, Kementerian Ekonomi serta Kementerian Kewangan akan menjawab berhubung perkara yang dibangkitkan itu.

    “Kita sebagai kerajaan dengar walaupun Miti sebenarnya adalah kementerian dalam sektor pembuatan, tetapi kita tetap dengar dan bawa suara mereka ke Kabinet,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kilang keenam Plexus di Bandar Cassia di Batu Kawan hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengusaha bas kilang meminta campur tangan Miti untuk berunding dengan pihak industri agar menyemak semula perjanjian perkhidmatan bas kilang susulan kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi dan bas kilang tidak termaktub dalam penyasaran itu.

    MENARIK:  Juruterbang pesawat tertidur: Batik Air diberi amaran keras

    Jun lepas, lebih 1,200 pengusaha bas pekerja merayu kerajaan mempertimbangkan kemasukan sektor itu dalam Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 susulan kenaikan harga minyak diesel.

    Kerajaan menetapkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung pada kadar RM3.35 seliter bermula 10 Jun 2024 iaitu harga pasaran tanpa subsidi berdasarkan purata bulan Mei 2024 mengikut formula Mekanisme Harga Automatik.

    Penetapan harga dan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar ini memberikan penjimatan sebanyak RM4 bilion setahun di samping dapat mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam jangka masa panjang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah