27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Subkontraktor gagal, kolam selam tempur lambat siap – menteri pertahanan

    Shopee Sale

    Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin berkata kelewatan projek kolam selam tempur disebabkan isu melibatkan salah satu subkontraktor "yang dicalonkan" (nominated) yang gagal dalam melaksanakan tugas mereka.

    Dia berkata beberapa aspek projek tersebut memerlukan tahap kepakaran tertentu dan ia akan mengambil sedikit masa sebelum memperoleh pengganti baru untuk mengambil alih bahagian projek berkenaan.

    "Kita telah dapat jaminan daripada pihak JKR perkara ini memang diberi perhatian serius dan khusus dan diharap dapat dilaksanakan secepat mungkin.

    "Projeknya sebenarnya sudah mencapai 98.4 peratus lebih," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

    Ketika diminta mengulas jika terdapat tempoh masa untuk projek itu, Khaled mengulangi JKR telah memberi jaminan pihaknya mempunyai sumber diperlukan dan akan mengambil tindakan terhadap kontraktor sekiranya terus berlaku kelewatan.

    MENARIK:  KJ hebat ke? - Ibrahim Ali bidas Rumah Bangsa Umno

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semalam menitahkan pihak yang bertanggungjawab membina kolam selam tempur di Kem Iskandar, Mersing memberi penjelasan berhubung punca kelewatan pembinaannya.

    Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) bertitah kolam tersebut yang sepatutnya siap sepenuhnya pada Disember 2022, sehingga kini masih dalam pembinaan.

    “Malah, semalam saya dimaklumkan lanjutan masa sebanyak enam kali telah dimohon oleh pihak berkenaan," titah baginda.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah