30.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM tahan lima anggota polis termasuk pegawai kanan

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang hari ini menahan lima anggota polis termasuk seorang pegawai kanan disyaki meminta dan menerima rasuah hampir RM9,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan atas kesalahan memiliki motosikal curi.

    Menurut sumber, kelima-lima suspek lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40-an itu ditahan antara 2 hingga 5 petang semalam di pejabat SPRM Pulau Pinang di George Town ketika hadir memberi keterangan.

    “Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu pada Jumaat lepas dalam satu operasi yang dijalankan di sekitar Seberang Perai.

    MENARIK:  Timbalan menteri tegur pihak persenda takbir raya Anwar

    “Seorang daripada suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah secara tunai daripada seorang individu yang juga pemilik bengkel motosikal yang terlibat dalam operasi itu,” katanya.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

    Beliau berkata kesemua suspek ditahan 24 jam sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah