29.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SLS dapat kebenaran cabar hak 40 peratus Sabah

    Shopee Sale

    Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) untuk meneruskan semakan kehakiman melibatkan isu hak 40 peratus hasil negeri itu.

    Panel tiga hakim - dipengerusikan oleh P Ravinthran bersama hakim  Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Choo Kah Sing - hari ini sebulat suara menolak rayuan kerajaan persekutuan untuk membatalkan kebenaran semakan kehakiman yang diberikan  sebelum ini.

    Pada 11 Nov 2022, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memberikan kebenaran kepada SLS untuk memulakan semakan kehakiman berhubung dakwaan kegagalan kerajaan persekutuan untuk memulangkan 40 peratus hasil tahunan yang diperoleh daripada Sabah kepada kerajaan negeri.

    Pada 11 Nov 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Ismail Brahim membenarkan permohonan SLS bagi mendapatkan kebenaran bagi meneruskan semakan kehakiman bahawa ia mempunyai locus standi untuk berbuat demikian kerana ia adalah litigasi berkepentingan awam.

    MENARIK:  'Gandingan Sim-Ram' isyarat remajakan DAP Pulau Pinang

    Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memperoleh perintah penangguhan bagi menghalang Mahkamah Tinggi mendengar merit kes itu sementara menunggu rayuan.

    SLS memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 2022 bagi membatalkan warta Kerajaan Persekutuan mengenai geran tahunan sebanyak RM125.6 juta untuk Sabah dengan mendakwa ia melanggar hak hasil negeri itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah