29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Skandal rasuah: Adun Sabah dakwa audio 'disunting'

    Shopee Sale

    Seorang Adun Sabah membuat laporan polis menafikan kandungan sebuah rakaman video yang mengaitkan dirinya dengan dakwaan rasuah.  

    Menurut Ketua Polis Kota Kinabalu Kasim Muda, aduan tersebut diterima daripada wakil rakyat Tempasuk Arsad Bistari, yang mendakwa perbualan dalam rakaman tersebut telah "disunting".

    "Saya mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan menafikan sebuah video yang tular melalui media sosial akaun KiniTV.

    "Laporan diterima daripada Adun Tempasuk, Arsad Bistari, pada 17 November berhubung video berdurasi satu minit 27 saat yang diterimanya melalui WhatsApp.

    "Kes ini telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya.

    Seksyen 500 memperuntukkan hukuman bagi kesalahan berkaitan fitnah manakala Seksyen 233 merangkumi kesalahan menggunakan kemudahan rangkaian untuk menyebarkan komunikasi yang dianggap menyinggung perasaan atau boleh menyebabkan kegusaran kepada orang lain.

    Siasatan polis berterusan

    Kasim berkata setakat ini polis merekodkan kenyataan Arsad dan sedang menunggu laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum mengambil tindakan lanjut.

    MENARIK:  Pengampunan Najib: Shafee enggan komen usul bekas presiden Badan Peguam

    Untuk rekod, Malaysiakini telah menerima panggilan daripada seorang pegawai polis Kota Kinabalu yang meminta kerjasama wartawannya.

    "Dia kata suaranya (dalam perbualan itu) telah disunting," kata pegawai polis itu ketika diminta mengulas mengenai penafian Arsad.

    Arsad salah seorang Adun Sabah yang dikaitkan dalam siri pendedahan skandal rasuah oleh Malaysiakini yang melibatkan projek mineral di Sabah.

    Siri itu menyaksikan seorang pemberi maklumat mendedahkan beberapa rakaman video yang menunjukkan beberapa ahli politik didakwa berbincang mengenai ratusan ribu ringgit rasuah sebagai balasan untuk menyokong projek tertentu.

    Dalam salah satu rakaman yang dikongsi pemberi maklumat dan diterbitkan oleh Malaysiakini, Arsad kedengaran mengeluh mengenai projek lumayan yang disekat oleh seseorang, yang dipercayai merujuk kepada Ketua Menteri Hajiji Noor.

    Wakil Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu sejak itu mendakwa perbualannya dengan pemberi maklumat telah disunting secara berniat jahat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah