33.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sistem semakan pesalah jenayah seksual kanak-kanak tak dibuka kepada awam

    Shopee Sale

    Kerajaan tidak bercadang untuk membuka sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Sistem eDKK) kepada orang awam, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri. 

    Bagaimanapun katanya, sistem itu digunakan bagi menyaring latar belakang individu yang akan bekerja dengan kanak-kanak.

    "Walaupun sistem eDKK tidak boleh diakses secara langsung oleh orang awam, kerajaan memastikan semakan latar belakang individu yang akan bekerja dengan kanak-kanak dapat dilaksanakan melalui mekanisme yang terkawal dan berintegriti.

    "Pihak yang ingin mengambil pekerja yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak boleh mengemukakan permohonan semakan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai langkah keselamatan dan perlindungan kanak-kanak," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

    Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan dibangkitkan Young Syefura Othman (PH-Bentong). 

    Young Syefura Othman

    Young Syefura minta menteri menyatakan apakah kerajaan berhasrat untuk membuka akses sistem rekod kesalahan jenayah kanak-kanak agar boleh dilayari secara atas talian oleh semua pihak bagi memastikan keselamatan kanak-kanak terpelihara. 

    MENARIK:  Mustahil untuk saya bersubahat menentang Najib - Jasmine Loo

    Nancy berkata pelaksanaan sistem eDKK merupakan pangkalan data terkawal yang merekodkan maklumat individu yang telah disabitkan oleh mahkamah atas kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. 

    Pada masa ini katanya, sistem ini tidak terbuka untuk akses oleh orang awam.

    "Namun, ia digunakan oleh agensi kerajaan, institusi pendidikan, majikan serta organisasi yang berkaitan dengan kanak-kanak.

    "Sistem ini berfungsi sebagai mekanisme pencegahan awal untuk menyaring individu yang ingin bekerja atau berinteraksi secara langsung dengan kanak-kanak.

    Tambahnya, melalui sistem ini, institusi pendidikan, pusat jagaan, NGO dan majikan dapat memastikan bahawa individu yang mempunyai rekod sabitan jenayah seksual tidak ditempatkan dalam persekitaran yang memberi mereka akses kepada kanak-kanak. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah