27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Singapura haramkan aktivis Malaysia ke negara itu

    Shopee Sale

    Pemerintah Singapura melarang seorang aktivis dari Malaysia Fadiah Nadwa Fikri daripada memasuki negara itu atas alasan  “pendekatan advokasi radikalnya”.

    Menyifatkannya sebagai “pelawat yang tidak diingini”, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura mendakwa Fadiah menggalakkan belia Singapura terlibat dalam kegiatan “melangkaui tunjuk perasaan”.

    Dia juga didakwa “menggerakkan kumpulan pelajar dan pelbagai masyarakat di Singapura, serta melaksanakan tindakan yang mengganggu ketenteraman awam dan ganas bagi menyokong tujuan-tujuan tertentu”.

    “Kami tidak akan bertolak ansur dengan warga asing yang terlibat dalam politik domestik kami, mahupun menggalak kaedah tunjuk perasaan sivil yang menyalahi undang-undang, ganas dan mengganggu (ketenteraman awam),” menurut MHA seperti dilaporkan MediaCorp.

    Fadiah sebelum ini tinggal di sana selama lima tahun dan menghabiskan  ijazah doktor falsafah (PhD) di Universiti Nasional Singapura (NUS) pada Januari.

    MENARIK:  Trump tangguh serang infrastruktur tenaga Iran hingga 6 April

    Terdahulu peguam hak asasi manusia yang bergiat melalui kumpulan Lawyers for Liberty (LFL) diekstradisi ke Malaysia.

    Menurut Fadiah di media sosial, imigresen Singapura sebelum ini tidak memberikan sebab bagi larangan kemasukannya.

    Fadiah merancang untuk melawat rakan-rakan serta bekas penyelia dan keluarganya, selain mengambil sijil ijazah.

    Menurut laman web universiti itu, Fadiah pernah menjadi seorang pelajar di jabatan Pengajian Asia Tenggara di NUS.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah