Bekas menteri Rafizi Ramli hari ini menyatakan harapan agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menerima sebarang permintaan untuk menghadapi cadangan prosiding Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung isu-isu mengenai pelantikan kehakiman.
Bercakap semasa sidang media dengan barisan tujuh lagi ahli parlimen PKR, Ahli Parlimen Pandan itu turut menafikan percubaan untuk mendakwa campur tangan Anwar dalam pelantikan tertinggi kehakiman.
"Sebab itu sebaiknya prosiding-prosiding ini berjalan seperti yang kami cadangkan.
"Di peringkat parlimen saya ingat perdana menteri tiada apa yang mahu disembunyikan dan saya harap kalau PSC reformasi institusi memanggil untuk jelaskan situasi sebenar, perdana menteri boleh hadir," kata bekas timbalan presiden PKR itu.
Dia sebelum itu membacakan kenyataan bersama sembilan ahli parlimen PKR yang menuntut prosiding PSC diketuai Ahli Parlimen Selayang William Leong, serta menggesa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat dakwaan baru-baru ini yang dikaitkan dengan fungsi Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).





