28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shamsul dedah ‘pengorbanan’, disindir ‘terpaling hero’ oleh anak Zahid

    Shopee Sale

    Setiausaha politik kanan perdana menteri Shamsul Iskandar Md Akin mendedahkah apa yang berlaku ketika malam pilihan raya umum ke-15.

    Bagaimanapun perkara itu mengundang kemarahan pemimpin Umno.

    Dalam satu wawancara, Shamsul yang tewas dengan majoriti amat tipis, iaitu 348 undi di tangan Presiden Umno Zahid Hamidi di Bagan Datuk, berkata dia tidak mencabar keputusan itu demi membentuk kerajaan dengan BN.

    Pemimpin PKR itu berkata Anwar menelefonnya pada jam dua pagi, mengucapkan tahniah atas kerja kerasnya.

    Bagaimanapun, katanya, dalam politik, organisasi lebih besar daripada indivitu.

    Perkara itu, katanya, membuatkannya tidak mencabar keputusan itu.

    Azalina Othman Said

    Bagaimanapun, pemimpin Umno Azalina Othman Said ketika mengulas perkara itu meminta Shamsul memberikan tumpuan kepada kestabilan politik dan mengelakkan membuat kenyataan yang boleh mendatangkan kekeliruan.

    Anggota parlimen Pengerang berkata, kenyataan Shamsul itu hanya akan mencetuskan spekulasi tidak wajar dan menimbulkan keraguan rakyat terhadap sistem demokrasi.

    “Datuk Seri Shamsul seharusnya berjiwa besar dengan menerima keputusan tersebut dan menggunakan saluran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengemukakan bantahan sebagai gambaran komitmen terhadap integriti dan profesionalisme politik. 

    MENARIK:  Perancis secara rasmi iktiraf negara Palestin

    “Dalam hal ini, saya berpendapat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ahli parlimen Bagan Datuk serta semua ahli parlimen BN mempunyai keyakinan penuh terhadap proses demokrasi dan bersedia menerima apa-apa jua keputusan yang dibuat oleh pengundi,” katanya.

    Nurulhidayah

    Sementara itu, exco Pemuda Umno Nurulhidayah yang juga anak Zahid pula menyindir Shamsul sebagai “terpaling hero”.

    “Bila seseorang merasakan terpaling tahu dan terpaling hero, keluarlah pengakuan halusinasi. 

    “Kira sekarang ni kau nak kata kaulah korban diri untuk bergabung?” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah