29 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Serbu rumah wartawan Malaysiakini: Tiada tindakan lanjut kes – polis

    Shopee Sale

    Pihak berkuasa mengklasifikasikan siasatan terhadap wartawan kanan Malaysiakini, B Nantha Kumar, berhubung artikel mengenai cadangan sistem pengambilan pekerja asing sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

    Perkara itu disahkan dalam sepucuk surat yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang hari ini.

    “laporan polis Dengkil 2251/26 telah disiasat di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan/ Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 oleh Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sepang ASP Boby bin Tamat.

    "Hasil siasatan kes tersebut telah dirujuk kepada Y.Bhg Datuk Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam (Kujaka), Jabatan Peguam Negara, Putrajaya dan kes telah diklasifikasikan NFA (no further action - tiada tindakan lanjut),” menurut surat itu.

    Surat berkenaan ditandatangani Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang, Basirul Hapi Ibrahim.

    Pada 27 April lalu, polis menyerbu rumah Nantha apabila dua pegawai berpakaian biasa tiba kira-kira jam 2.30 petang dan memeriksa kediamannya di Seri Serdang, Selangor, selama kira-kira 45 minit.

    “Bagaimanapun, tiada sebarang barang dirampas semasa serbuan itu,” kata Nantha.

    Ketika serbuan tersebut, Nantha turut diberikan waran geledah yang menyatakan polis mempunyai alasan untuk mengesyaki bahawa “rumah atau premis tersebut digunakan sebagai tempat penyimpanan, yang dipercayai mengandungi salinan - sama ada dalam bentuk fizikal atau material - dokumen rasmi iaitu memorandum Jemaah Menteri bertajuk ‘Cadangan Pelaksanaan Sistem Digital The Universal Recruitment Advanced Platform (Turap) dalam Proses Pengambilan Pekerja Asing ke Malaysia’.”

    MENARIK:  Kes kematian Palapes UTM: Peguam gesa inkues, persoal AG 'membisu'

    Taktik lama takutkan wartawan

    Difahamkan, Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) membuat laporan polis berhubung artikel tersebut selepas gagal memberikan maklum balas kepada permintaan berulang kali Malaysiakini untuk mendapatkan ulasan sebelum artikel itu diterbitkan.

    Sebelum serbuan itu, polis turut merakam keterangan Nantha serta pengasas dan pengarah Malaysiakini, Premesh Chandran.

    Mengulas mengenai serbuan itu, editor eksekutif Malaysiakini RK Anand menyifatkan apa yang berlaku sebagai gangguan terhadap wartawan yang menjalankan tugas profesionalnya untuk melaporkan berita demi berkepentingan awam.

    “Malangnya, taktik lama yang sama untuk membungkam dan menakut-nakutkan wartawan masih berterusan,” tambahnya.

    Serbuan tersebut menerima kecaman daripada Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) dan cawangannya di Malaysiakini, yang memberi amaran bahawa tindakan itu berisiko menjejaskan kebebasan media serta menakut-nakutkan pengamal media.

    “Kami menegaskan satu prinsip asas dalam mana-mana masyarakat demokratik: Kewartawanan bukan satu jenayah,” tegas kumpulan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah