33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Serangan Israel: Tiada kerosakan kemudahan nuklear Iran – IAEA

    Shopee Sale

    Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan pada Jumaat bahawa tapak nuklear Iran tidak mengalami kerosakan selepas letupan kedengaran di tengah-tengah dakwaan serangan Israel ke atas negara itu.

    "IAEA mengesahkan pada Jumaat bahawa tidak ada kerosakan pada tapak nuklear Iran selepas laporan mengenai letupan yang disyaki penglibatan Israel," kata agensi itu.

    "IAEA boleh mengesahkan bahawa tiada kerosakan pada tapak nuklear Iran," Agensi Anadolu (AA) memetik agensi itu dalam hantarannya di platform X.

    Ketua Pengarahnya, Rafael Grossi terus menyeru agar semua pihak bertenang dan mengulangi bahawa kemudahan nuklear tidak boleh menjadi sasaran dalam konflik ketenteraan, katanya.

    Agensi itu berkata ia memantau keadaan dengan teliti.

    MENARIK:  Dr M sasaran sebenar siasatan SPRM, dakwa anak

    Terdahulu, letupan kedengaran di beberapa bandar Iran pada awal Jumaat, terutama di Isfahan di bahagian tengah dan barat Tabriz di barat laut negara itu, AA memetik laporan Agensi Berita Republik Islam (Irna).

    Irna juga mengaitkan bunyi letupan di Tabriz itu adalah berikutan pengaktifan sistem pertahanan udara.

    Ketegangan memuncak antara Iran dan Israel selepas Tehran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu pada hari Sabtu sebagai tindak balas kepada serangan 1 April ke atas konsulatnya di Syria, yang mengorbankan tujuh penasihat tentera.

    Israel telah berikrar ia akan bertindak balas terhadap serangan Iran itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah