26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Seorang murid di Pontian disahkan dijangkiti tibi

    Shopee Sale

    Seorang murid di daerah Pontian disahkan dijangkiti Tuberkulosis (tibi), kata Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin.

    Aznan berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Pontian telah mengambil tindakan segera dengan mengenal pasti semua kontak rapat dan memaklumkan mereka untuk hadir ke Klinik Kesihatan Pontian bagi menjalani saringan kesihatan.

    "Sebagai langkah pencegahan, PKD Pontian akan melaksanakan sanitasi dan pembersihan menyeluruh di kawasan yang dikenal pasti berisiko bagi memastikan keselamatan warga sekolah dan komuniti setempat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dia berkata semua sekolah diingatkan supaya mematuhi arahan dan garis panduan Kementerian Kesihatan (KKM). 

    MENARIK:  Israel robohkan lebih 1,500 rumah di kejiranan Al-Zeitoun di Gaza

    Minggu lepas, enam murid di daerah Kota Tinggi disahkan menghidap tibi hasil saringan kontak rapat yang dilaksanakan KKM, namun keadaan dilaporkan terkawal dengan kesemua murid terlibat kini menerima rawatan dan pemantauan rapi.

    Kes itu membabitkan empat murid lelaki dan dua murid perempuan, dengan kesemuanya telah diarahkan menjalani kuarantin mengikut prosedur kesihatan yang ditetapkan.

    KKM sebelum ini memaklumkan kluster tibi dikesan di daerah Kota Tinggi pada 25 Jan lepas, dengan 33 kes positif dikenal pasti hasil saringan ke atas 804 kontak rapat setakat 4 Feb.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah