29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Seorang lagi suspek kes culik remaja di Seremban direman

    Shopee Sale

    Seorang lagi suspek direman selama 14 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes culik remaja dengan permintaan wang tebusan RM2 juta pada 10 April lepas.

    Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata perintah reman terhadap wanita berusia 50-an itu dikeluarkan Majistret Fairuz Syuhada Amran, pagi ini.

    Beliau berkata suspek ditahan pada 12.55 tengah hari semalam di Cheras, Kuala Lumpur dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961.

    MENARIK:  Kes kematian kucing, anjing: JPV perbetul butiran perundangan

    Media sebelum ini melaporkan seorang suspek kes culik remaja perempuan di Seremban pada 10 April lepas ditembak mati di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.

    Susulan itu, enam individu termasuk tiga wanita berusia 20 hingga 31 tahun direman 14 hari bermula 14 April lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah