27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Semakan kadar air mentah jual ke S'pura perlu pertimbang implikasi

    Shopee Sale

    Kerajaan memutuskan untuk kekal dengan perjanjian sedia ada yang termaktub dalam Perjanjian Air 1962 dan sebarang perubahan terhadap kadar jualan air mentah kepada Singapura, perlu mempertimbangkan implikasi terhadap kos pembelian air terawat dari negara itu, yang menjadi keperluan kritikal bagi negeri Johor.

    Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata walaupun harga yang ditetapkan untuk penjualan air mentah kepada Singapura adalah rendah, iaitu pada kadar tiga sen setiap 1,000 gelen, namun dari segi impak ekonomi ia sebenarnya memberi timbal balik kepada negara.

    Beliau berkata berdasarkan rekod Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), Johor kini membeli purata 16 juta gelen sehari (MGD) air terawat pada kadar 50 sen setiap 1,000 gelen, jauh melebihi kadar lima MGD yang diperuntukkan dalam perjanjian itu.

    MENARIK:  Polis buru wanita miliki dua IC, disyaki dalang sindiket dadah di Kelantan

    “Sebagai perbandingan kos untuk merawat air yang sama kalau kita rawat sendiri, kosnya secara puratanya adalah sekitar RM1.80 untuk meter padu. Jadi harga itu kalau kita terjemahkan pada harga gelen kepada meter padu yang kita beli daripada Singapura itu adalah sekitar 11 sen.

    “Jadi sebenarnya ada timbal balik di situ, maka sebelum kita membuat sebarang keputusan ataupun meneruskan sebarang hasrat, kita perlu mencapai net zero dependency dengan kemampuan untuk kita mengeluarkan air terawat di Johor, sebelum kita menilai kembali apa-apa hala tuju yang baharu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah