24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Selangor cadang hari tanpa beg plastik setiap Jumaat-Ahad tahun depan’

    Shopee Sale

    Kerajaan Selangor bercadang untuk menguatkuasakan larangan penggunaan beg plastik pada Jumaat hingga Ahad di mana-mana premis perniagaan di negeri itu pada tahun hadapan.

    Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata kerajaan negeri sedang meneliti punca kuasa untuk berbuat demikian bagi menguatkuasakan inisiatif berkenaan dalam usaha ke arah bebas penggunaan beg plastik.

    “Sebenarnya kita telah mengadakan bengkel untuk memperkuat atau memperketat undang-undang berkaitan di samping tindakan penguatkuasaan bagi perkara itu.

    “Ketika ini, penting juga untuk kita mengetahui jenis punca kuasa yang boleh digunakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri supaya apabila diumumkan inisiatif ini, ia dapat dilaksanakan seiring dengan tindakan penguatkuasaan,” katanya pada sidang DUN Selangor hari ini.

    Jamaliah Jamaluddin

    Dia menjawab pertanyaan tambahan Mariam Abdul Rashid (PH-Meru) mengenai peranancangan kerajaan negeri untuk terus mempergiat kempen sifar plastik dan polisterina di Selangor.

    MENARIK:  Raja Muda Selangor tamatkan zaman bujang minggu depan

    Selangor mula melaksanakan kempen “Hari Tanpa Beg Plastik” pada 2010 dengan sokongan kebanyakan pasar raya besar, pasar mini dan premis perniagaan pada setiap Sabtu.

    Pengguna akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau program kepenggunaan serta pemuliharaan alam sekitar. 

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah