26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya rela buat kes bunuh berbanding kes rasuah’

    Shopee Sale

    Pengarah Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Shaharuddin Wan Ladin menyifatkan Peguam Negara (AG) Mohd Dusuki Mokhtar mahu dia "berubah angin" susulan pertukarannya ke jawatan baru.

    Menyifatkan perkara itu sebagai lumrah bagi penjawat awam, Wan Shaharuddin menegaskan pertukarannya kepada timbalan ketua bahagian perbicaraan dan rayuan II, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara (AGC) bukanlah bermakna turun pangkat.

    "SPRM dihati saya, (tapi) lumrah manusia, lumrah (pegawai) kerajaan, saya turun pangkat? Tak, tapi jawatan berbeza. 

    "Seperti Tan Sri AG bagi penjelasan ini adalah proses biasa kita akan bertukar-tukar, saya di sini (SPRM) hampir tujuh tahun, mungkin nak suruh saya tukar angin pula.

    "Niat AG baik, murni, dia bukan laksanakan (pertukaran) untuk saya sahaja, tapi untuk semua orang (kakitangan) lain juga," katanya ketika bersiaran di Zoom In Maccfm pagi ini.

    Semalam Peguam Negara menegaskan pertukaran Wan Shaharuddin berkuat kuasa pada 2 Mac (hari ini) tidak akan menjejaskan kes dikendalikannya di SPRM.

    MENARIK:  Tak rasmi: BN rampas kembali Nenggiri dengan majoriti lebih besar

    Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Wan Shaharuddin masih berupaya meneruskan tanggungjawab terhadap kes berkepentingan, di samping diberi peluang mengendalikan kes rayuan pada peringkat mahkamah yang lebih tinggi.

    Wan Shaharuddin mula berkhidmat di SPRM pada 2019. 

    Dia mengendalikan pelbagai kes berprofil tinggi antaranya dakwaan penyelewengan dana Pemuda Bersatu membabitkan anggota parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang melibatkan bekas ketua menterinya, Lim Guan Eng dan kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram bekas perdana menteri.

    Lebih rela siasat kes bunuh dari rasuah

    Sementara itu, ditanya mengenai pengalamannya mengendalikan kes rasuah berbanding kes jenayah bunuh, Wan Shaharuddin menegaskan dia lebih rela mengendalikan kes bunuh.

    "Saya rela buat kes bunuh... 20 Kes bunuh berbanding kes rasuah...bagi saya kes bunuh mudah sikit berbanding kes rasuah.

    "Kes rasuah ni kita nak tidur malam fikir apa saksi nak cakap esok," katanya yang juga anak jati negeri Kelantan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah