25.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Satu lagi kes pijak al-Quran, Umno Sabah gesa tindakan tegas

    Shopee Sale

    Satu lagi kes muat naik gambar memijak al-Quran dikesan di media sosial, kali ini dikatakan berlaku di Sabah.

    Gambar itu, yang turut kelihatan lakaran gambar menghina Nabi Muhammad diconteng di atas lembaran al-Quran, dikatakan dimuat naik oleh seorang lelaki.

    Ia dimuat naik di Thread pada tarikh yang tidak dapat dipastikan, buat masa ini.

    Tindakan itu mengundang kemarahan Umno Sabah yang mahu polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta pihak berkuasa agama negeri bertindak tegas.

    "Sebagai negeri yang terkenal dengan keharmonian masyarakat majmuk, Sabah tidak boleh membenarkan mana-mana pihak melakukan provokasi yang boleh mengguris sensitiviti agama dan mengganggu keamanan rakyat," kata Setiausaha Umno Sabah Samasuddin Yusop.

    MENARIK:  KOLUM | Apa janji Anwar pada Trump?

    Sementara itu, Umno Sabah juga menggesa seluruh masyarakat agar bertenang, tidak mengambil tindakan sendiri dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional dan adil.

    "Kita mesti mempertahankan kesucian agama dan pada masa sama memelihara keamanan serta perpaduan yang menjadi kekuatan Sabah selama ini.

    "Umno Sabah berdiri teguh mempertahankan kemuliaan Islam dan kesucian al-Quran, sambil terus memastikan keharmonian antara agama di negeri ini terus dipelihara," katanya.

    S Vikneswaran yang dituduh di Kuantan

    Awal bulan ini, seorang pelajar kolej di Kuantan diheret ke mahkamah kerana memuat naik gambar serupa. 

    Lelaki 21 tahun itu, yang mengaku tidak bersalah, berdepan pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial bulan lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah