25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sarjana Islam Eropah mahu M’sia rangka strategi tangani Islamofobia – Anwar

    Shopee Sale

    Pemikir dan sarjana Islam Eropah mengusulkan Malaysia mengambil inisiatif merangka strategi berkesan dalam menentang kemaraan Islamofobia.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu dibincangkan ketika pertemuan beliau bersama rakan-rakan pemikir dan sarjana Islam Eropah di Berlin, Jerman semalam.

    Antara yang terlibat adalah International Institute of Islamic Thought (IIIT), Arab World Institute dan Middle East and Mediterranean Research Centre (CERMOM).

    “Kelapangan waktu yang ada di Berlin saya gunakan untuk berdiskusi dan bertukar pandangan bersama rakan-rakan pemikir dan sarjana Islam Eropah.

    “Kami menyentuh beberapa perkara, antaranya perananan sarjana dan cabaran baharu dengan semaraknya Islamofobia di Eropah saat ini,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

    Perdana Menteri berkata pada pertemuan itu mereka turut membincangkan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani permasalahan tersebut terutamanya di barat.

    MENARIK:  'Adakah kenyataan Muhyiddin itu konsensus atau mewakili PN?'

    “Insya-Allah, saya bersama rakan-rakan akan terus menjadi penggerak utama bagi membasmi isu Islamofobia,” katanya.

    Anwar kini dalam lawatan rasmi enam hari ke Jerman bermula 11 Mac lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah