25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saran beri kursus nama orang Cina : PAS tempelak Tajuddin

    Shopee Sale

    Saranan Ahli akademik Tajuddin Mohd Rasdi agar ahli PAS diberi kursus tentang nama orang Cina ditempelak Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari.

    Ahmad Fadhli yang juga ahli Parlimen Pasir Mas mempersoalkan mengapa profesor seni bina itu tidak membuat cadangan serupa kepada ahli-ahli DAP.

    Ahmad Fadhli turut mengimbas kembali kes ahli DAP Pahang Michael Cheah pada 2019, yang didakwa membuat ulasan menghina Yang di-Pertuan Agong ketika itu.

    “DAP mengeluarkan kenyataan itu merupakan pandangan peribadi dan bukan mewakili parti. Tuan Profesor yang budiman tidak mengeluarkan gesaan agar DAP membuat kursus kepada ahli bagaimana menghormati institusi diraja,” katanya dalam hantaran di media sosialnya, hari ini.

    Ahmad Fadhli berkata demikian mengulas saranan Tajuddin agar ahli PAS diberi kursus tentang nama Cina.

    Tajuddin sebelum ini dilapor berkata walaupun perutusan Tahun Baru Cina PAS dilihat lebih sebagai nota peringatan berbanding sambutan perayaan, dia bersetuju dengan kenyataan setiausaha agung parti itu Takiyuddin Hassan bahawa asas Malaysia adalah kepelbagaian dan sikap saling menghormati antara kaum.

    “Saya berharap pihak tertentu mengambil iktibar ini dan mungkin menjalankan kursus kepada pengikutnya tentang sejarah dan makna nama dalam masyarakat Cina supaya tidak ada ahlinya tersalah anggap nama keluarga pemimpin komunis dengan ahli politik yang bekerja keras di negara kita atau nama menteri dengan hartawan perniagaan,” katanya kepada Malaysiakini.

    Tajuddin merujuk kepada dua kes melibatkan pemimpin PAS iaitu Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad, yang kalah dalam saman fitnah kerana mengaitkan tiga Ahli Parlimen DAP dengan pemimpin Komunis, Chin Peng, serta Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang mendakwa Ahli Parlimen DAP Hannah Yeoh adalah anak perempuan ahli perniagaan Yeoh Tiong Lay.

    Tajuddin juga berharap "pihak tertentu" yang mendakwa "menghormati dan memperjuangkan" Islam mengadakan kursus mengingati sifat pemaaf Nabi Muhammad.

    Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli juga merujuk kenyataan ahli parlimen DAP Teresa Kok berhubung pensijilan halal, yang menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim merupakan kenyataan yang tidak relevan dan tidak perlu.

    ”Tiada pula tuan profesor menggesa DAP mengadakan kursus kepada ahlinya bagaimana mengeluarkan kenyataan yang perlu,” tambahnya.

    Pemimpin PAS itu juga turut memetik kes seorang lagi ahli parlimen DAP, Ngeh Koo Ham yang mengeluarkan kenyataan berhubung keanggotaan wakil bukan Islam dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam.

    MENARIK:  Kes Ebit Lew: Saksi tak pasti jika ada hantar gambar lucah

    “Setiausaha Agung DAP terbabit menyatakan bahawa itu satu kekhilafan dan tentunya tidak mewakili parti. Tiada pula tuan profesor menyatakan DAP patut mengadakan kursus kepada ahli-ahli parlimennya bagaimana mengeluarkan kenyataan yang tiada khilaf,” jelasnya.

    Ahmad Fadhli turut berkongsi pautan artikel dalam laman web parti DAP yang menyatakan Tajuddin telah "menyertai" DAP pada tahun 2013.

    “Justeru, saya nasihatkan barangkali daripada menggunakan nama ahli akademik, gunakan sahaja gelaran ahli DAP, ia lebih sesuai dan manis dibaca,”sindirnya.

    Bagaimanapun, Tajuddin ketika dihubungi berkata dia keluar daripada DAP pada tahun 2018.

    Dalam nada sarkastik, Ahmad Fadhli berkata cadangan profesor seni bina itu membuatnya rasa terharu sehingga hampir-hampir menitiskan air mata.

    "Betapa sayang dan kasihnya ahli akademik ini kepada PAS sehingga membuat cadangan yang begitu baik, namun agak ketinggalan dari sudut fakta dan data," katanya.

    Menurut Ahmad Fadhli lagi, Tajuddin memberi gambaran seolah-olah PAS jahil tentang adat dan budaya masyarakat bukan Melayu di Malaysia.

    “Barangkali beliau tidak pernah berkunjung ke Kelantan melihat silang budaya yang sangat harmoni terutama menjelang sambutan Tahun Baru Cina seperti sekarang.

    “Barangkali pada pengetahuan beliau, kaum Melayu, Cina dan India di Kelantan contohnya hidup seperti makhluk asing, tidak bertegur satu sama lain, apatah lagi kunjung mengunjung mengenali budaya masing-masing.

    "Boleh jadi kerana beliau mengkaji seni bina bangunan melibatkan kayu, simen dan ukiran, beliau tertinggal mengkaji tentang manusia," tambahnya.

    Memetik artikel lain, Ahmad Fadhli juga mempersoalkan pemahaman Tajuddin tentang Islam, dengan mengatakan bahawa ahli akademik itu harus menjadi "orang terakhir" untuk membangkitkan perkara tersebut.

    Razman bertanggungjawab kesilapan fakta

    Sementara itu, dalam kenyataan yang sama, Ahmad Fadhli turut mengakui kenyataan sepintas lalu Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang mengaitkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dengan YTL merupakan satu kesilapan fakta.

    Malah, katanya kenyataan itu sangat dikesali dan tidak wajar berlaku.

    “Razman bertanggungjawab sepenuhnya dan nyata sekali dia telah memohon maaf dan menteri berkenaan juga telah menyatakan akan menghantar surat peguam.

    “Jika perbicaraan kes saman berlangsung, kita serahkan kepada pihak mahkamah nanti untuk menentukan berapakah kadar kerosakan yang dialami oleh Menteri Belia dan Sukan itu,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah