29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sanusi suka hebah maklumat penting mesyuarat k’jaan – Saifuddin

    Shopee Sale

    Sikap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa sering menghebahkan maklumat penting mesyuarat kerajaan kepada umum terutama di pentas ceramah politik menyebabkan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN) Kedah tidak diadakan.

    Pengerusi Bersama MTPN Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata justeru itu, Muhammad Sanusi tidak perlu merungut berikutan sikap beliau sendiri yang tidak menjaga dekorum dan etika mesyuarat.

    “Mesyuarat-Mesyuarat rasmi kerajaan ada yang bertaraf rahsia besar, bertaraf sulit dan kalau dia hadir mesyuarat Persekutuan kemudian balik hanya untuk memperlekeh apa yang berlaku dalam mesyuarat maka dia seorang yang tak jaga dekorum.

    “Dia tak perlu mengadu kenapa mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri tidak dibuat... Saya dapati apabila dia balik dari mesyuarat itu, dia gunakan maklumat dalam mesyuarat untuk ceramah kepada PAS cawangan sedangkan maklumat yang disampaikan tidak memberi gambaran sebenar," katanya.

    Saifuddin Nasution, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian kepada pemberita selepas Program Ihya Ramadan Polis Diraja Malaysia Kedah bersama masyarakat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim hari ini.

    MENARIK:  Sindiket di KLIA: Bukan cakap kosong, tindakan diambil - menteri

    Pada sesi penggulungan Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah Khamis lepas, Muhammad Sanusi mendakwa Saifuddin Nasution tidak pernah memanggil beliau bermesyuarat bagi membincangkan projek infrastruktur Kerajaan Persekutuan di negeri itu sejak majlis tersebut ditubuhkan.

    Saifuddin Nasution juga berkata tiada sebarang kesan terhadap tugas dan perananan beliau sebagai Pengerusi Bersama MTPN dalam memantau pelaksanaan projek Persekutuan di Kedah walaupun mesyuarat tidak diadakan bersama Muhammad Sanusi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah