30.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sanusi kekalkan exco Bersatu selagi sokong kerajaan negeri

    Shopee Sale

    Di sebalik keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu, perkara itu tidak menjejaskan kedudukan barisan exco Bersatu dalam kerajaan negeri Kedah setakat ini.

    Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

    Bagaimanapun katanya, mereka mesti berpendirian menyokong kerajaan negeri.

    "Kekal (exco Bersatu), tiada perubahan selama mereka berpendirian menyokong kerajaan negeri," katanya ringkas melalui pesanan teks, hari ini.

    Sanusi yang juga pengarah pilihan raya PAS berkata demikian ketika ditanya kedudukan exco Bersatu dalam pentadbirannya susulan perkembangan hubungan politik antara kedua-dua parti berkenaan.

    Terdahulu, PAS membuat keputusan menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu susulan pertembungan tajam parti gabungan PN itu mutakhir ini.

    Perkara itu dinyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, dalam kenyataan media selepas mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, malam tadi.

    MENARIK:  Mahkamah Persekutuan dengar rayuan batal saman LFL pada 17 Mei

    Sementara itu, ditanya sama ada keputusan itu bercanggah dengan pendirian terkini parti, Sanusi berpandangan sebaliknya.

    “Tak apa. Keputusan kita (PAS) tak ganggu kerajaan-kerajaan negeri selama terus menyokong boleh saja kekal (dalam kerajaan),” katanya.

    Di Kedah, Bersatu mempunyai dua exco iaitu Adun Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad (kebajikan, wanita, keluarga dan masyarakat) dan Adun Kubang Rotan, Mohd Salleh Saidin (pelancongan, kebudayaan dan keusahawanan).

    Halimaton Shaadiah (tudung biru muda)

    Sebelum ini Sanusi juga mengekalkan Adun Suka Menanti Dzowahir Ab Ghani (pertanian, perladangan dan pengangkutan) walaupun telah dipecat daripada Bersatu kerana hadir dalam  acara bekas timbalan presiden Bersatu Hamzah Zainudin.

    Malaysiakini juga sedang mendapatkan reaksi ketiga-tiga Adun terbabit berhubung perkara itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah