29 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saham MAHB: Menteri Umno telah nyatakan bantahan, kata Mohamad

    Shopee Sale

    Para menteri daripada Umno telah menyatakan pandangan kepada kerajaan agar tidak meneruskan jualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada BlackRock Inc melalui Global Infrastructure Partners (GIP), menurut timbalan presiden parti itu, Mohamad Hasan.

    “Kita menteri-menteri Umno memberikan pandangan jika boleh perkara ini tidak diteruskan tetapi transaksi itu sudah terlampau maju.

    “Jadi kita tengoklah macam mana, kita pun tidak tahu sama ada diteruskan atau tidak bukan di kalangan kita kerana Khazanah di bawah Kementerian Kewangan," katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

    Mohamad yang juga menteri luar pada masa sama berkata perkara itu tidak diputuskan menerusi kabinet dan Khazanah perlu menilai kesan penjualan saham MAHB itu.

    Khazanah mengetuai konsortium yang merangkumi KWSP, GIP dan Abu Dhabi Investment Authority (Adia) untuk mengambil alih saham MAHB yang belum dimiliki Khazanah dan KWSP.

    Urus niaga itu mengundang kritikan memandangkan GIP dalam proses diambil alih Blackrock, iaitu syarikat Amerika Syarikat yang mempunyai pertalian rapat dengan Israel selain melabur dalam syarikat yang membekal senjata kepada regim Zionis.

    MENARIK:  Samsuri: Krisis kepimpinan PN selesai bila majlis tertinggi bermesyuarat

    Terdahulu, beberapa pemimpin Umno turut menyuarakan bantahan berkenaan penjualan itu, antaranya ketua pemuda Akmal Salleh yang mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa ekonomi negara akan terjejas jika kerajaan memutuskan hubungan dengan semua syarikat berkaitan Israel yang beroperasi di luar negara.

    "Saya tak rasa bahawa kalau tiada Blackrock ini, MAHB akan hilang, akan bankrap," katanya.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Mohd Puad Zarkashi pula secara sinis menempelak pihak kerajaan yang mengkritik pihak tidak bersetuju dengan penjualan saham MAHB.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah