25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RUU hadkan tempoh PM dibentang di Dewan Rakyat

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Kerajaan hari ini mengemukakan usul mengehadkan tempoh jawatan seseorang perdana menteri kepada 10 tahun dan bakal dilaksanakan secara retrospektif.

    Rang undang-undang (RUU) mengenai pindaan perlembagaan yang dicadangkan itu menyatakan bahawa sebarang tempoh seseorang memegang jawatan perdana menteri sebelum penguatkuasaannya akan diambil kira.

    Tempoh masa seseorang memegang perananan perdana menteri berikutan pembubaran parlimen di bawah Fasal (2) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan tidak akan dipertimbangkan secara agregat untuk tempoh 10 tahun yang ditetapkan.

    MENARIK:  Sultan Selangor titah ambil tindakan tegas isu penipuan pakej haji

    RUU – yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said – bermakna perdana menteri terdahulu yang hanya berkhidmat selama satu penggal akan dikecualikan daripada pengehadan tersebut.


    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah