25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Rundingan sempadan tak guna prinsip timbal balik, pampasan’ 

    Shopee Sale

    Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menafikan laporan media yang mendakwa Malaysia menyerahkan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di kawasan Nunukan, berdekatan sempadan Sabah-Kalimantan.

    Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Arthur Joseph Kurup menegaskan bahawa rundingan penandaan dan pengukuran di kawasan masalah sempadan tertangguh (OBP) dilaksanakan secara harmoni tanpa melibatkan prinsip timbal balik, pampasan atau untung-rugi.

    "Keputusan ini dicapai melalui proses teknikal yang panjang melibatkan pakar-pakar daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) serta agensi keselamatan.

    "Setiap inci pelarasan dibuat berdasarkan undang-undang antarabangsa (Boundary Convention 1891; Boundary Agreement 1915; serta Boundary Convention 1928) dan koordinat geospatial yang tepat, bukan atas dasar konsesi politik," katanya dalam kenyataan petang ini.


    Baca: Indonesia dapat 5,207 hektar susulan pelarasan sempadan dengan M'sia – laporan


    Media Indonesia semalam melaporkan pemberian tanah, yang lebih besar daripada Putrajaya itu, sebagai pampasan untuk tiga kampung kawasan di Nunukan, berdekatan sempadan Sabah-Kalimantan.

    Kawasan itu dilapor dicadangkan untuk menyokong pembangunan pos rentas sempadan dan zon perdagangan bebas.

    Dilaporkan tiga kampung itu ialah Kampung Kabulangalor, Kampung Lepaga, dan Kampung Tetagas, berdekatan sempadan Tawau, Malaysia.

    Turut dilaporkan bahawa dalam memorandum yang ditandatangani pada 18 Februari 2025, kira-kira 127 hektar wilayah Pulau Sebatik menjadi milik Indonesia, manakala Malaysia memperoleh 4.9 hektar wilayah.

    Arthur Joseph Kurup

    Menurut Arthur, pemuktamadan pengukuran sempadan darat tersebut dibuat melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) pada 18 Februari 2025 selepas melalui proses perundingan teknikal yang komprehensif selama lebih 45 tahun.

    MENARIK:  Sokongan negara maju diperlukan bantu bina semula Gaza

    Jelasnya, penyelesaian isu sempadan darat bagi sektor Sabah-Kalimantan Utara (Kaltara) ini dipersetujui semasa lawatan negara bekas presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia pada 8 Jun 2023.

    Proses perundingan tersebut turut melibatkan penglibatan aktif wakil kerajaan Sabah sebagai sebahagian daripada delegasi Malaysia.

    Arthur berkata, memiliki sempadan yang diiktiraf sepenuhnya oleh negara jiran dan masyarakat antarabangsa adalah lebih strategik bagi kedaulatan negara berbanding mengekalkan kawasan pertikaian yang tidak mempunyai keabsahan undang-undang.

    "Penetapan sempadan yang muktamad akan memperkukuhkan kedudukan perundangan negara di peringkat antarabangsa serta menutup ruang untuk sebarang tuntutan wilayah yang lebih besar pada masa hadapan," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah