29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    18 ‘ulat foto’ KLCC ditahan kerana serang lelaki

    Shopee Sale

    Sebanyak 18 individu yang menawarkan khidmat menangkap gambar ditahan kerana disyaki menyerang seorang lelaki yang cuba meleraikan pergaduhan antara kumpulan itu dengan seorang pelancong asing di Persiaran Menara Berkembar Petronas (KLCC), Ahad lepas.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam berkata kesemua lelaki tempatan berusia lingkungan 17 hingga 45 tahun itu ditahan di pekarangan KLCC, Jalan Ampang pada 10.20 malam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

    Beliau berkata kejadian dipercayai bermula kira-kira 9 malam apabila mangsa melihat sekumpulan lelaki yang menjalankan aktiviti mengambil gambar pengunjung di lokasi berkenaan sedang memukul seorang pelancong.

    MENARIK:  Isu tak puas hati pada Dominic Lau ibarat air berkocak dalam cawan - Hadi

    “Mangsa bertindak menghampiri kumpulan terbabit dan menegur mereka supaya menghentikan perbuatan tersebut.

    “Sejurus selepas itu, mangsa telah diserang secara tiba-tiba di bahagian kepala dari arah belakang oleh seorang individu menggunakan sebilah kerambit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Sazalee berkata keadaan kemudian bertukar kecoh apabila mangsa terus diserang oleh kira-kira 30 individu yang dipercayai daripada kumpulan jurugambar berkenaan.

    Beliau berkata siasatan awal mendapati semua individu yang ditahan mengaku berada di tempat kejadian serta memaklumkan mereka merupakan jurugambar tidak berlesan atau "ulat foto" yang beroperasi di sekitar kawasan KLCC.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah