31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rujuk pihak berkuasa jika status halal buffet Ramadan meragukan

    Shopee Sale

    Keraguan mengenai status halal buffet Ramadan ditawarkan kebanyakan hotel perlu dirujuk kepada pihak berkuasa yang berkaitan, kata Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Hasan. 

    Dia berkata, pihaknya akan cuba meraikan semua pihak pada bulan Ramadan, namun sebarang persoalan berkaitan hal itu juga boleh dirujuk kepada pihak Jakim. 

    "Kita tidak mahu ada apa-apa perkara yang mengganggu gugat keharmonian bulan Ramadan... bulan yang dapat kita sama-sama menginsafi diri dan merancakkan lagi ekonomi. 

    "Mudah-mudahan bulan Ramadan kali ini, tidak ada isu-isu hangat... Insya-Allah, semua isu-isu syurga saja," katanya ketika ditemui selepas program Wacana Minda Madani di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, dekat Kuantan, Pahang, hari ini. 

    Gambar hiasan

    Zulkifli berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan hotel - termasuk hotel yang tidak memiliki sijil halal - menawarkan buffet Ramadan untuk pelanggan mereka. 

    MENARIK:  Bekas suami Indira guna Sara dan Budi95, tapi polis masih gagal cari - peguam

    Mengulas berkaitan wacana dihadiri kira-kira 300 pelajar Polisas itu, dia berkata, generasi muda perlu menggunakan gajet dengan lebih bijak dan berhati-hati, memandangkan kemudahan teknologi itu sangat mempengaruhi mereka ketika ini. 

    "Ada kajian dijalankan universiti luar negara berkaitan perkara ini yang menunjukkan gajet lebih menguasai generasi muda berbanding mereka menguasai gajet itu. 

    "Kalau boleh, kita mahu generasi muda menggunakan gajet mereka untuk menilai sesuatu perkara sebelum membuat keputusan, terutama dalam pilihan raya umum akan datang. 

    "Usaha dan pelbagai program dilaksanakan kerajaan Madani dalam memberi kesedaran kepada mereka (generasi muda) kerana mereka inilah majoriti yang akan mengundi dan memilih kerajaan selepas ini," ujarnya. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah