29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ruhanie gesa Bersatu kekalkan hukuman pecat Wan Saiful

    Shopee Sale

    Lembaga Rayuan Bersatu digesa untuk mengekalkan hukuman pecat terhadap Wan Saiful Wan Jan “demi kelangsungan dan maruah perjuangan parti”.

    Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Ruhanie Ahmad berkata, keputusan rayuan tersebut perlu disegerakan memandangkan badan berkenaan telah pun bersidang pada 4 Februari.

    "Saya amat berbesar hati jika Lembaga Rayuan dapat memberikan keputusannya mengenai rayuan di atas, dalam tempoh yang agak segera.

    "Saya juga lahirkan setinggi-tinggi harapan, agar Lembaga Rayuan dapat mengekalkan hukuman pecat ke atas Wan Saiful, seperti yang telah diputuskan oleh Lembaga Disiplin Bersatu sebelum ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Wan Saiful Wan Jan (tengah)

    Wan Saiful dipecat daripada Bersatu pada 14 Oktober tahun lalu antaranya selepas mengumpul akuan berkanun (SD) ketua-ketua bahagian Bersatu untuk mengetepikan presiden Muhyiddin Yassin.

    MENARIK:  ‘Titik perubahan buat Sabah’ - Ahli politik, peguam sambut baik keputusan mahkamah

    Bekas ketua penerangan PKR itu membuat rayuan terhadap hukuman itu.

    Ruhanie yang juga pemangku ketua Bersatu Bahagian Bangi menegaskan bahawa setiap anggota perlu menjunjung keluhuran perlembagaan parti dan institusi presiden.

    Menurut Ruhanie, tindakan tegas dan hukuman maksimum wajar dikenakan terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan serta adab susila parti.

    "Ketegasan sebegini perlu kita sokong sepenuhnya, kerana inilah pendekatan terbaik untuk kita menjamin kekuatan parti kita, dan untuk kita hindarkan pelbagai ancaman yang boleh melumpuhkannya," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah