27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rizab antarabangsa BNM ASD127 bilion setakat 30 Januari

    Shopee Sale

    Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada AS$126.9 bilion setakat 30 Januari, 2026, berbanding AS$125.6 billion pada 15 Januari, 2026.

    BNM dalam satu kenyataan berkata paras rizab ini mencukupi untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan merupakan 0.9 kali ganda jumlah hutang luar jangka pendek.

    Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (AS$111.3 bilion), rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$5.9 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.5 bilion).

    Jumlah aset berjumlah RM599.22 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR (RM514.75 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.41 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.31bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM28.61 bilion), harta dan barangan (RM4.56 bilion), dan aset lain (RM35.14 bilion).

    MENARIK:  JPJ harap lebih ramai pelajar B40 terima manfaat program MyLesen B2

    BNM berkata jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM599.79 bilion terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM198.83 bilion), mata wang dalam edaran (RM182.49 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM106.75 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM5.66 bilion), deposit lain (RM65.61 bilion), kertas Bank Negara (RM9.02 bilion), peruntukan SDR (RM26.83 bilion) serta liabiliti lain (RM4.48 bilion).

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah