31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri hingga 8 malam ini

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 8 malam ini.

    MetMalaysia dalam kenyataan pada 4.30 petang tadi memaklumkan cuaca buruk itu diramalkan berlaku di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

    Selain itu, turut terjejas ialah Perak (Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim), Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin).

    MENARIK:  Hadi: Tunda dulu naik haji, utamakan kemenangan Islam

    Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) serta Mersing di Johor juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama.

    Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) serta Limbang.

    Cuaca sama juga dijangka melanda Sabah membabitkan Pedalaman, pantai barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat), serta Wilayah Persekutuan Labuan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah