26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir seluruh negara

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 5.30 petang ini memaklumkan keadaan cuaca itu dijangka melanda Perlis dan Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu),

    Kawasan terlibat di Perak meliputi Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala di Kelantan melibatkan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang serta Kuala Krai.

    Amaran sama turut melibatkan Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta Kuala Lumpur.

    MENARIK:  MP DAP tuntut jawapan jelas KDN mengenai notis merah Interpol Jho Low

    Keadaan cuaca sama juga dijangka berlaku di Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Mersing, Pontian, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

    Sementara itu, kawasan yang dijangka terjejas di Sarawak ialah Kuching, Serian serta Sibu (Sibu dan Kanowit), manakala di Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah