26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ribut petir, angin kencang di 7 negeri, KL, Putrajaya hingga 7 malam

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tujuh negeri serta dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 7 malam ini.

    METMalaysia dalam satu kenyataan pada hari ini memaklumkan, negeri-negeri terbabit ialah Melaka serta beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

    Di Perak, kawasan yang terjejas meliputi Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim, manakala di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub serta Bentong.

    Selangor turut berdepan situasi sama di Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang, selain membabitkan keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

    Sementara itu, amaran bagi Negeri Sembilan merangkumi Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

    MENARIK:  ‘Henti tutup mulut kami atau anak muda sanggup ke jalanan’

    Bagi Johor, kawasan yang terbabit ialah Tangkak, Segamat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Baharu.

    – Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah