26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remaja menyamar petugas hospital dirujuk ke JKM

    Shopee Sale

    Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana menceroboh dan menyamar sebagai petugas di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang pada Khamis lepas telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sepang untuk tindakan lanjut.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata tindakan tersebut diambil pihak polis memandangkan remaja perempuan terbabit adalah di bawah umur.

    “Remaja tersebut sudah dirujuk ke JKM Sepang sejak semalam,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Pada Khamis lepas, remaja itu ditahan di lobi HSIS kerana disyaki menyamar sebagai pegawai perubatan dan menawarkan diri untuk membantu menjalankan satu pembezahan.

    Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dilaporkan sebagai berkata remaja itu yang direman dua hari sudah dibebaskan dengan jaminan polis malam semalam.

    MENARIK:  ‘Melayu tak ada duit’, pengulas Amerika perlekeh lawatan Xi

    Beliau berkata kertas siasatan berhubung kes itu sedang dilengkapkan serta akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah