27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remaja menyamar petugas hospital dibebaskan dengan jaminan polis

    Shopee Sale

    Remaja perempuan berusia 14 yang ditahan kerana menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital pada Khamis lepas dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

    Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata remaja perempuan itu mengaku melakukan perbuatan itu sekadar suka-suka dan untuk mengetahui jika dia diberi perkhidmatan rawatan lebih cepat jika menyamar sebagai petugas hospital.

    “Siasatan mendapati dia melakukan perbuatan itu bukan kerana terpengaruh atau ingin meniru rancangan yang ditontonnya di televisyen,” katanya ketika dihubungi Bernama pada hari ini.

    Beliau berkata kertas siasatan berhubung kes itu sedang dilengkapkan serta akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam.

    MENARIK:  Pengampunan: Banduan kena kemuka permohonan, kata istana

    Remaja itu ditahan di lobi Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang kerana disyaki menyamar sebagai pegawai perubatan dan menawarkan diri untuk membantu menjalankan satu pembezahan.

    Polis turut merampas satu set alatan perubatan termasuk baju, seluar scrub dan lanyard milik hospital.

    Remaja itu kemudian direman dua hari bermula semalam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah