31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Remaja 16 tahun ditahan: Azalina ambil maklum kebimbangan pada Sosma

    Shopee Sale

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said mengakui Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma)  dianggap "tidak adil".

    Namun, dia berkata tidak boleh campur tangan dalam kes yang melibatkan remaja yang ditahan, dengan membangkitkan had bidang kuasa antara kementerian.

    Dia juga memberitahu pemberita bahawa perkara itu berada dalam bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuat perubahan dan pembaharuan.

    "Undang-undang itu telah wujud lama, jadi saya fikir terpulang kepada kementerian berkaitan yang bertanggungjawab ke atas Sosma untuk mengemukakan pandangan mereka.

    MENARIK:  ‘Kamu tak guna sejak dulu’ - Keluarga kecam bekas bos Beng Hock

    "Ia bukan undang-undang baru yang digubal, dan ia dianggap undang-undang yang tidak adil.

    "Tetapi secara keseluruhannya, jika kerajaan ingin menyemak semula Sosma melalui kementerian yang berkaitan, saya fikir mereka boleh membuat pertimbangan tertentu," katanya.

    Demikian katanya, ketika ditanya mengenai penahanan seorang remaja berusia 16 tahun di Jitra, Kedah minggu lalu bawah Sosma, yang membawa kepada desakan baru agar akta tersebut dimansuhkan atau diubah suai dengan ketara.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah