29 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis kejar, tahan dua individu lari dari pemeriksaan

    Shopee Sale

    Seorang lelaki dan wanita yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Senawang awal pagi tadi, dikejar hampir sejam sebelum kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar tembok.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban Supt Muhd Amrul Yazid Anuar berkata suspek berusia 23 dan 22 tahun yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza itu ditahan di bawah Sekyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam, kira-kira dua pagi.

    “Semasa polis membuat rondaan di kawasan itu, terlihat kereta itu berada dalam keadaan mencurigakan. Mereka tidak memberikan kerjasama dan mengundurkan kereta sebelum melanggar kereta peronda polis dan memecut untuk melarikan diri.

    MENARIK:  Polis sahkan terima laporan kematian 4 individu di konsert Subang Jaya

    “Polis mengekori mereka dari Jalan Senawang ke susur keluar Seremban berhampiran jejambat Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) sebelum kereta itu terbabas dan melanggar tembok," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dia berkata pemeriksaan lanjut mendapati kedua-duanya tiada rekod jenayah serta saringan urin negatif. 

    Terdahulu video berdurasi lapan saat memaparkan kejadian berkenaan tular di laman Facebook sejak pagi tadi.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah