33.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Rasuah RM150 ke RM1,500 sebulan' – SPRM cekup 13 lagi pegawai

    Shopee Sale

    Seramai 13 lagi pegawai pemeriksa kenderaan di sebuah pusat pemeriksaan kenderaan di ibu negara ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat.

    Menurut sumber, kesemua lelaki berusia lingkungan 20-an hingga 40-an itu ditahan antara 1 tengah hari hingga 2 petang semalam dan 10 pagi hingga 3 petang tadi, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

    “Siasatan awal mendapati mereka dipercayai menerima wang rasuah antara RM150 hingga RM1,500 sebulan secara tunai daripada ‘runner’ sebagai balasan membantu meluluskan pemeriksaan kenderaan di tempat mereka bertugas.

    “Penahanan mereka adalah susulan tangkapan enam pegawai pemeriksa kenderaan pada Isnin lepas dan juga hasil soal siasat yang dijalankan oleh SPRM terhadap seorang ejen yang diserahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini,” katanya.

    MENARIK:  Dakwaan PN ada jawapan - Puad jawab Muhyiddin cuma PM yang gagal

    Sumber itu memaklumkan setakat ini SPRM telah menahan 22 individu termasuk 19 pegawai pemeriksa kenderaan, seorang ejen dan dua ‘runner’ membabitkan sindiket berkenaan.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (b) (A) Akta SPRM 2009.

    Beliau berkata semua 13 pegawai pemeriksa kenderaan yang ditahan semalam dan hari ini akan dilepaskan dengan jaminan SPRM selepas direkodkan keterangan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah