27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ranking Harimau Malaya terus meningkat, kini di tangga 116 dunia 

    Shopee Sale

    Kemelut luar padang yang melanda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menjejaskan momentum skuad Harimau Malaya, apabila terus mencatat peningkatan dalam ranking dunia Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

    Dalam kemas kini terbaharu yang dikeluarkan lewat malam tadi, skuad bimbingan Peter Cklamovski itu melonjak dua anak tangga untuk menghuni kedudukan ke-116, berbanding tempat ke-118 pada bulan lepas.

    Sebagai rekod, Malaysia berada di kedudukan ke-131 pada April lalu sebelum menunjukkan peningkatan konsisten sehingga ke posisi semasa.

    MENARIK:  Azizi tak guna lebih RM600,000 peruntukan dari kerajaan Kelantan - MB

    Sementara itu, Thailand kekal sebagai pasukan terbaik Asia Tenggara di ranking ke-95, diikuti Vietnam (110), Indonesia (122), Filipina (136) dan Singapura (151).

    Jepun terus menguasai kedudukan Asia di ranking ke-18 dunia, diikuti Iran (20) dan Korea Selatan (22).

    Di peringkat global, Sepanyol mengekalkan status selaku pasukan nombor satu dunia, diikuti Argentina di tempat kedua dan Perancis ketiga.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah