28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ranhill SAJ anjur solat mohon hujan, tangani pencemaran ammonia

    Shopee Sale

    Ranhill SAJ menganjurkan solat sunat Istisqa bagi memohon hujan di kawasan tadahan yang membekalkan sumber air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Sultan Ismail, Skudai yang terjejas akibat pencemaran ammonia sejak kelmarin.

    Ketua Pegawai Eksekutif Ranhill SAJ, Anuar Abdul Ghani berkata, acara itu diadakan sebagai ikhtiar bagi mengurangkan kesan pencemaran dan memulihkan bekalan air kepada pengguna di sekitar Bandar Raya Johor Bahru dan Skudai.

    “Pencemaran ammonia di sungai yang menjadi sumber bekalan air mentah kepada loji tersebut merupakan isu serius yang boleh memberi kesan buruk kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. 

    ”Dalam kepekatan tinggi, ammonia boleh mencemarkan air sungai dan menjadikannya berbahaya untuk digunakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Antara punca pencemaran ammonia ialah sisa kumbahan, sisa industri serta aktiviti pertanian yang tidak dikawal.

    Menurut Anuar, sebagai operator air tunggal di Johor, Ranhill SAJ mengambil beberapa sampel air di lokasi terjejas bagi memantau tahap pencemaran.

    MENARIK:  SPRM digesa siasat segera ‘penyakau’ dana Sejati Madani 

    Syarikat itu sedang bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti punca serta mengambil langkah mitigasi yang perlu.

    Solat istisqa yang diadakan di loji berkenaan dipimpin guru takmir Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Mohd Zunnurain Abdul Khohar dan disertai kakitangan syarikat serta masyarakat setempat.

    Ranhill SAJ menyeru semua pihak agar memainkan perananan memelihara sungai dan alam sekitar daripada pencemaran, demi kelangsungan sumber air bersih kepada rakyat Johor.

    Pada Rabu hampir 40,000 akaun pengguna terjejas disebabkan kandungan ammonia yang melebihi piawaian selamat, menyebabkan sumber air mentah di loji itu tidak dapat diproses.

    Langkah-langkah proaktif menangani insiden tersebut membolehkan jumlah akaun pengguna terjejas itu diturunkan kepada kurang 1,000 akaun.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah