33.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ramadan: S’gor pertimbang benar penjawat awam wanita pulang awal 

    Shopee Sale

    Kerajaan Selangor sedia mempertimbangkan cadangan membenarkan penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri pulang awal pada Ramadan ini.

    Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata secara asasnya, waktu bekerja ditetapkan ketika ini mencukupi untuk pekerja wanita pulang bagi menguruskan keluarga dan sebagainya.

    “Kita akan bincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) jika ada keperluan. Setakat ini masa bekerja yang telah kita tetapkan mencukupi, khususnya kepada pekerja wanita.

    “Kita juga boleh pertimbang kaedah masa fleksibel iaitu, kalau pulang awal, pekerja berkenaan boleh datang awal ke pejabat,” katanya selepas merasmikan Festival Ramadan Selangor  2025 (FESTIRA) di Shah Alam hari ini.

    Amirudin Shari

    Beliau mengulas sama ada Selangor akan mengikut langkah kerajaan Negeri Sembilan yang membenarkan penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu pulang seawal 2 petang pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan.

    MENARIK:  Polis kesan lima sekeluarga hilang

    Amirudin berkata pelaksanaan waktu kerja fleksibel merupakan antara perkara dimintanya untuk dibincangkan dalam MMKN akan datang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah