34 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Raja Perlis mahu MB diberi ruang pimpin hingga akhir penggal

    Shopee Sale

    Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mahu Menteri Besar Abu Bakar Hamzah diberikan ruang untuk terus memimpin sehingga ke akhir penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 tanpa sebarang kacau ganggu.

    Baginda bertitah kestabilan politik adalah kriteria sangat penting yang akan memberi kesan kepada keyakinan pelabur untuk melabur di negeri itu.

    Justeru, Tuanku Syed Sirajuddin menyeru semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Perlis mengetepikan ego masing-masing dan memberikan kerjasama erat serta berterusan kepada Abu Bakar bagi kepentingan rakyat dan negeri.

    “Beta ingin mengingatkan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian bahawa kerajaan ini adalah kerajaan Beta. Justeru, Beta berharap agar Mamanda Menteri Besar diberikan ruang untuk terus memimpin sehingga ke akhir penggal DUN ke-15 tanpa sebarang kacau ganggu yang akan merencatkan segala peranancangan yang telah dirangka.

    Abu Bakar Hamzah

    “Setiap Ahli Yang Berhormat diingatkan untuk meletakkan kepentingan rakyat berbanding kepentingan peribadi,” titah baginda semasa merasmikan pembukaan penggal keempat persidangan DUN Perlis di Kompleks Seri Putra di Kangar hari ini.

    MENARIK:  Buka sementara UiTM untuk doktor bukan bumiputera, kata Ibrahim

    Titah ucapan baginda dibacakan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

    Tuanku Syed Sirajuddin bertitah perbezaan fahaman politik tidak sewajarnya menjadi batasan atau penghalang kepada usaha ikhlas untuk membawa masuk pembangunan dan pelaburan ke negeri itu.

    Dalam pada itu, Raja Perlis bertitah supaya kerajaan negeri sentiasa mengekalkan hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan, khususnya dalam aspek pembangunan serta pelbagai bentuk sokongan demi kepentingan rakyat Perlis.

    “Beta menyambut baik siri lawatan dan kunjungan hormat yang dilaksanakan oleh Mamanda Menteri Besar ke atas pelbagai kementerian bagi mengeratkan kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

    “Adalah menjadi harapan Beta agar usaha murni ini terus diperkasa dan dipelihara demi memastikan agenda pembangunan negeri dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan,” titah baginda.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah